Wilfred Mitchell Feisal - Upload gambar atau video di Instagram Web

Seperti yang semua kita tahu, Instagram telah buang button upload di Instagram web. Ini adalah bagi menggalakkan pengguna menggunakan mobile phones untuk update di Instagram Mobile apps. Tapi ianya menjadi masalah kepada orang yang suka edit dulu gambar sebelum upload ke Instagram untuk mendapatkan gambar yang lebih cantik. Sebelum ni kita boleh memunculkan butang ini dengan klik 'toggle device toolbar' di developer tools di browser Chrome. Untuk browser Safari pun sama, cuma nama lain.



Tapi sekarang kita tidak boleh menggunakan cara itu lagi. Ada dua software yang boleh kita gunakan untuk upload gambar atau video terus dari web browser tapi software tersebut bukanlah percuma. Ada cara lain yang kita boleh gunakan untuk upload gambar terus dari web browser iaitu dengan install extension Google Chrome yang bernama Desktop for Instagram. Cara nak dapat extension ini adalah dengan melawati laman web Google Web Store dan di carian taipkan desktop for Instagram. Lepas tu, install je di Chrome.



Bila klik ikon desktop for Instagram yang ada di Chrome browser kita akan dibawa ke satu page yang ada frame telefon. Dalam frame tu dia suruh kita log in Instagram. Bila klik login, tab baru akan dibuka dan di bawa ke laman web Instagram untuk kita login. Lepas login, pergi semula ke tab yang ada frame iPhone tu, refresh je. Lepas tu kita dah boleh upload gambar macam biasa yang kita guna di fon. Tapi kadang-kadang butang upload gambar tu hilang caranya refresh browser dan butang upload gambar tu akan muncul kembali. Penat betul menaip.. bawah ni videonya..





Lupa plak. Salah satu kelebihan yang aku suka dengan apps Desktop for Instagram ni, iklan-iklan yang disponsor (peniaga buat IG ads) tade langsung kat Feeds (yang logo rumah tu la).

Comments