Wilfred Mitchell Feisal - Huawei E8372h‑608 4G LTE Wingle / Dongle / Porta Wifi

Assalammua'laikum dan selamat sejahtera.


Hari ni nak cerita skit pasal broadband yang baru beli. Ada yang panggil benda alah ni dengan nama Dongle, ada yang panggil Wingle, ada yang panggil Porta Wifi. Mana satu betul pun tak tau. Semua betul kot. Tapi aku panggil broadband stick je. Hehe..

Broadband ni aku beli dari seller yang sangat bagus dari Kelantan. Kenapa bagus? Sebab after sales service dia bagus dan dia juga ada bagi free gift. Free gift tu memang biasa je kalau tengok tapi itu cara dia meraikan customer dia. Thums up! 👍👍👍 Cara seller tu pun jujur.. sebabnya dia kata 1 je tinggal, kat live ads dia pun ada mention stok tinggal 1. Esoknya tgk kat live ads dia dah 0. Bukan tak ada seller macam dia ni tapi jarang jugakla dapat. Asyik membongakkk je ramai kat mudah tu. 

Masa dapat bungkusan dari seller ni, tengok tebal gak bungkusan pos laju ni. Setau aku, broadband tu tadela besar sangat saiznye.. besar la skit dari broadband 3G dulu-dulu. Rupa-rupanya, dah la dia letak broadband dan free gift dalam buble wrap, dia balut lagi dengan kertas kotak lain. Memang terjaga betul la barang-barang dalam tu.

Porta Wifi USB Stick / Wingle / Dongle open untuk semua Telco

Ini adalah free giftnya.. simcard adapter set, USB 30cm, Charger dan wrap bag

Bagi aku, aku amat menghargai free gift ni sebabnya dapat kepala charger huawei n usb cable tu. Memang aku guna selalu nak2 usb cable tu sebab tanak cucuk direct ke usb port takut2 tersentuh dengan kuat. Dulu pernah cucuk kat port usb laptop, pastu laptop terjatuh, habis bengkok kepala usb broadband.

Aku memang guna sehabis baik broadband ni. Kat rumah biasa cucuk ke port usb laptop, kalau nak jalan2 cucuk kat powerbank, kalau naik kereta cucuk kat usb kereta. Ada jugak orang cakap kalau guna lama sangat broadband ni, akan jadi panas jugak. Ye, memang panas skit. Tapi, kalau panas sangat, pasang la kipas usb tala ke broadband tu bagi sejuk. Ye dak?

Haa.. buat macam tade la masalah broadband panas dah..

Broadband ni tak perlu setting apa2, semua dah auto. Maksudnya, masuk je simcard apa2 terus dapat connect 4G. Tapi.. simcard Unifi Mobile kena setting APN jugak. Sekali je settingnye, pastu tak payah setting dah. Kalau dah setting APN unifi, pastu nak masukkan simcard telco lain pun tak payah setting apa2.. dia auto detect.

Wifi pun dah setting siap2.. maksudnya broadband ni korang plug n play je la.. password standard tanya je seller tu sendiri.. senang sangat passwordnya. Oh.. lupa plak nak bagitau.. bila korang cucuk je broadband tu kat laptop, terus la keluar Huawei broadband Management page (ye kot namanya tu). Kalau cucuk kat power source lain, kena taip IP dia la.. Kat Management Page tu banyak jugakla boleh setting. Kalau korang advance user, boleh la nak main setting2 ni.. Kalau rasa kurang yakin, tak payah usik. 

Ni dia interface Huawei Broadband Management Page

Aku pun masuk untuk tengok SMS masuk atau nak SMS orang je. Tak pun masuk USSD code tgk status plan Tunetalk. Kalau nak tau ada SMS masuk, lampu LED tengah2 yg kat broadband tu akan menyala. Warna biru. Dah tengok lampu tu menyala, boleh la tengok apa SMS yang masuk.

Kat rumah aku ni line Celcom hampeh skit. Aku yang guna Tunetalk ni memang terasa sangatla kelajuan 4G Celcom ni. 2 atau 3 bar je dapat. Kalau Unifi Mobile, mencanak.. 4 bar kadang2 full bar. Tapi tula.. pakej Unifi Mobile tak hebat mana.. boleh hotspot 10GB je. Layan je la line Celcom ni.. boleh gak donlod torrent.. 

Ni technical spec untuk modem ni:


  • LTE Category 4 Stick

  • Chipset: Huawei Hisilicon
  • Support FDD-LTE/UMTS/DC-HSPA+/GSM/EDGE
  • 4G Band: LTE FDD: Band 1 (2100 MHz) / Band 3 (1800 MHz) / Band 5 (850 MHz) / Band 7 (2600 MHz) / Band 28 (700 MHz)
  • 3G Band: DC-HSPA+/HSPA+/UMTS: Band 1 (2100 MHz) / Band 5 (850 MHz)
  • 2G Band: EDGE/GPRS/GSM: 850 MHz/900 MHz/1800 MHz/1900 MHz
  • Built-in antenna and two external antenna ports (TS-9 Connectors)
  • Standard USIM/SIM card interface
  • Size 94 mm x 30 mm x 14 mm, weight < 20g
  • LED indicates the status of the modem

Ok setakat ni saje perkongsian kali ni. Sampai jumpa lagi di lain masa.

Assalammua'laikum

Comments

Popular Posts